|
owner
![]() " I wanna act like New Born " tagboard Credits
| Balik Melaka.
Assalamualaikum semua. Agak lama aku tak layari blog aku ni. Ni aku nak cerita kat korang masa aku balik Melaka. Hari tu sekolah beri cuti sempena Tahun Baru Cina. Mula-mula ayah aku bercadang nak balik Melaka sebab nak ambil kad pengenalan adik aku yang perempuan. Lepas tu mak aku kata alang- alang nak balik baik kita tengok nenek aku sekali. Lagipun dah lama aku tak tengok nenek. Bila semua dah siap dirancang, kami sekeluarga bertolak pada hari sabtu pada pukul 10:30 malam. Dalam perjalanan tersebut cuaca kurang baik kerana pada malam itu hujan lebat. Walaubagaimana pun ayah aku teruskan perjalanan. Setelah sampai di Melaka aku menetap di rumah lama aku di Taman Maju. Malam tu semua tidur nyenyak kecuali ayah aku sebab dia bawa kereta sampai pagi. Esok pagi tu aku terus pergi rumah kawan baik aku nama dia Arif. Mak dia pun baik dengan aku. Pejam celik pejam celik tiba-tiba dah nak balik. Aku bertolak bali pukul 10:30 juga. Tapi sebelum aku pulang aku pergi rumah pak lg aku sebab nak hantar nenek aku kat rumah pak long. Lepas hantar nenek baru aku balik. Aku sampai kat rumah tanjung malim pada pukul 3pagi. Ok tujelah aku nak cerita. bye....................Labels: UMUM |
0 Comments:
Post a Comment