|
owner
![]() " I wanna act like New Born " tagboard Credits
| Letih di sekolah
Assalammualaikum, aku nak cerita ni, hari ni sekolah masuk awal sikit. Pukul 12.45, awal sikit je takdelah awal sangat. Lepas Aku dah siap semuanya, ayah aku pun hantar aku ke sekolah. Bila aku sampai je, aku tengok rakan sekelas aku baru sorang datang. Dalam 5 minit lepas tu, barulah ramai rakan sekelas aku datang. Kami pun pergi masuk kelas. Tunggu-tunggu cikgu tak masuk. Ingat nak pergi surau, bertadarus. Tapi masa pertama dah nak habis, kami pun tak pergi. Lepas rehat je aku terus letih, tak taulah kenapa. Tengah-tengah letih ada pulak cikgu dari UPSI. Katanya dia nak mengajar tentang salah-satu sukan pendidikan jasmani barulah aku semangat sikit. Cikgu tu ajar selama 40 minit sahaja. Tepat pada waktu aku pun balik. Ayah aku yang jemput. Sampai je kat rumah aku terus bersiap untuk berbuka. Ingat nak update blog ni, tiba-tiba aaku terus terlena sampai pukul 7.15. Nasip baik kat tempat aku berbuka pukul 7.20. Ok, aku harap korang semua selesa menjalankan ibadat puasa. Lagi pun bulan puasa dah nak habis dah. Lagi 12 hari je lagi. Dah nak raya dah pun. Oklah lain hari aku sambung lagi.Wassalam......... Labels: UMUM |
1 Comments:
This comment has been removed by the author.
Post a Comment